Kandungan sedang dimuatkan...

Operasi Pejabat Kerajaan Negeri Semasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negeri Sabah mulai 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021, dimaklumkan bahawa pengoperasian semua perkhidmatan pejabat Kerajaan Negeri adalah pada kadar 30% dengan kehadiran Kumpulan Pengurusan dan Professional . Manakala, bagi kehadiran Kumpulan Sokongan akan ditentukan oleh Ketua Organisasi masing-masing.

Semua Ketua Organisasi dikehendaki untuk mengambil perhatian dan tindakan seperti yang berikut:

  1. Menentukan perkhidmatan penting (essential services) dan perkhidmatan yang difikirkan perlu melalui pelaksanaan sistem penggiliran kerja yang sesuai.
  2. Mengeluarkan Surat Arahan Bertugas kepada penjawat awam yang dikehendaki bertugas di pejabat atau di lapangan, Salinan surat arahan bertugas hendaklah dikemukakan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  3. Memastikan penjawat awam yang diarah bekerja dari rumah (Work From Home) dengan mematuhi peraturan-peraturan sepertimana dalam Surat Edaran dengan rujukan JKM.100-4/62 bertarikh 17 Mac 2020.

Semua penjawat awam juga diingatkan untuk mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Pihak Berkuasa.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama-sama memerangi penularan wabak COVID-19.

Rujukan: Surat Arahan Operasi Pejabat Kerajaan Negeri Semasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain