Kandungan sedang dimuatkan...

Persidangan Pengurus Sumber Manusia Siri 1 Tahun 2019

Persidangan Pengurus Sumber Manusia Siri 1/2019
Tarikh: 01 Oktober 2019 (Selasa)
Tempat: Nexus Resort & Spa, Karambunai

Persidangan Pengurus Sumber Manusia Siri 1 Tahun 2019 telah berlangsung di Nexus Resort & Spa, Karambunai. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk:

  • Memperkukuhkan kerjasama dan komunikasi sesama manusia sebagai usaha mewujudkan budaya kerja yang terangkum
  • Mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan Pengurus Sumber Manusia melalui perkongsian wacana oleh panel jemputan
  • Memberi motivasi kepada Pengurusan Sumber Manusia untuk terus komited menjadi pentadbir bakat dalam Perkhidmatan Awam Negeri
  • Membincangkan strategi untuk menangani isu dan cabaran Pengurusan Sumber Manusia dalam Perkhidmatan Awam Negeri.
Persidangan ini telah diisi dengan tiga (3) sesi forum yang berkisar pada:

  1. Pemodenan sistem kerja pembayaran gaji dan elaun dalam PANS
  2. Peranan strategik Pegawai Sumber Manusia dalam pemantapan sahsiah dan integriti pegawai awam
  3. Peningkatan kompentensi pegawai awam ke arah perkhidmatan awam berprestasi tinggi.

Dalam perutusan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, beliau berkata bahawa penambah baikan serta pembaharuan dalam menyantuni pelanggan hendaklah dibuat secara berterusan dan sentiasa memperbaiki yang sedia ada disamping meningkatkan kualiti berkerja yang diamanahkan terutamanya kerja berpasukan tanpa mementingkan diri sendiri dan sering melengkapi antara satu sama lain supaya menjadi contoh tauladan pada rakyat di luar sana.

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain