Kandungan sedang dimuatkan...

10 Pegawai Kerajaan Negeri Bentang Kertas Kerja Inovasi


Kota Kinabalu - Seramai 10 orang Pegawai Kerajaan Negeri Sabah daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional telah membentangkan Kertas Kerja Inovasi di Bilik Perbincangan, tingkat 13, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai telah mempengerusikan sesi pembentangan tersebut.

Kesemua pegawai berkenaan dikehendaki membentangkan input pengetahuan masing-masing pada sesi itu, setelah selesai menghadiri latihan dalam Perkhidmatan Program: Serving Citizen Better-Digital Leadership and Transformation in Government” di University Murdoch, Australia pada 16 hingga 20 September 2019 yang lepas.

Program latihan yang dihadiri oleh para pegawai tersebut merupakan satu satu inisiatif dalam memberikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan era digital pada masa kini khususnya dalam transformasi digital perkhidmatan awam.

Selain itu, mereka juga diterapkan berkaitan kepimpinan dan transformasi digital, serta langkah-langkah meminimakan impak negatif dalam dunia pendigitalan.

Berikut merupakan barisan panel serta tajuk Kertas Kerja Inovasi yang telah dibentangkan:

Pembentangan 1: Financial and Accounting Management System (Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun) oleh;
1.            Encik Hamdan Hamzani (Jabatan Bendahari).
2.            Encik Hadzlan Jablee (Pejabat erah Tuaran).
3.            Encik Mohd Faizal Mohd Tahir (Kementerian Kewangan).
4.            Puan Rosnih Othman (Kementerian Kewangan).

Pembentangan 2: Managing Unemployment Graduates (Pengurusan Graduan Menganggur) oleh;
1.            Encik Awg. Dzulkernain Bin Awg. Hassan (Jabatan Tanah dan Ukur).
2.            Encik Abd. Rahman Bin Talipudin (JHEAINS).
3.            Puan Asiah Binti Ismail (Kementerian Kewangan).

Pembentangan 3: Pendigitalan- Proses Kerja Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran Jabatan. Pembangunan Sumber Manusia, oleh;
1.            Puan Celestina Aron (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia)

Pembentangan 4: Online Application of the Monthly Assistance Scheme (Sistem Permohonan Skim Bantuan Bulanan Secara Atas Talian), oleh;
1.            Puan Natalie Gaban (Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am); dan

Pembentangan 5: Online Feedback of INSAN Training Effectiveness (Maklumbalas Secara Atas Talian), oleh;
1.            Puan Alesia Sion (Sabah Electricity Sdn Bhd)



 
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain