Kandungan sedang dimuatkan...

Program Outreach Perkhidmatan Awam Negeri Sabah siri 1/2020

Kota Kinabalu - Program Outreach Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1/2020 telah diadakan di Dewan Ballroom Wisma Wanita Kota Kinabalu.

Acara program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) YBhg. Puan Masturah binti Haji Jamrah, dan seterusnya Ucapan Amanat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Program ini dilaksanakan adalah untuk menyelami, membincang, mendengar serta membantu agensi dan anggota perkhidmatan awam negeri untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam selaras dengan harapan dan ekspektasi rakyaat disamping memantapkan dan mengukuhkan integriti penjawat awam ke arah perkhidmatan yang mengamalkan sikap Bersih, Cekap dan Amanah. Selaras dengan aspirasi ke era Smart Digital Government, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif seperti menubuhkan Bahagian Digital yang diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Setakat Februari 2020, Kerajaan Negeri telah melancarkan empat (4) inisiatif digital iaitu:-

  1. Sistem e-Planning Permision (Januari 2020)-Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  2. Sistem Aplikasi Pay (Februari 2020)-Sabah Credit Corporation
  3. Sistem Peperiksaan Online (Februari 2020)-Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  4. Sistem e-Tukar (Februari (2020)-Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain