Kandungan sedang dimuatkan...

Perasmian Smart Library JPANS oleh YAB Ketua Menteri

Kota Kinabalu - Perasmian Perpustakaan berkonsepkan "Smart Library" merupakan salah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dalam menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan pendigitalan perkhidmatan awam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Aras 14, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Selesai merasmikan Smart Library JPANS, YAB Ketua Menteri kemudian mendengar Taklimat Ringkas Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Kerajaan Digital JPANS Puan Doria Tai Yun Tyng.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Berbahagia Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Barisan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai Pustakawan Rujukan dan Maklumat Perpustakaan Negeri Sabah iaitu Puan Antonia Peter Sani, serta pegawai-pegawai jabatan.

Smart Library JPANS merupakan Perpustakaan yang mampu memberi layanan pintar (Smart Services) berasaskan kepada teknologi pintar (Smart Technology) untuk kemudahan semua penjawat awam dari dalam dan luar jabatan.

Perpustakaan ini juga berhasrat memberi pendedahan kepada  penjawat awam khususnya warga JPANS dengan persekitaran kerja secara digital bersesuaian dengan norma baharu seperti Video Conferencing, Virtual Learning serta pelbagai peralatan digital yang boleh digunakan untuk mendapat maklumat.

Selain dibina dengan reka bentuk bermotifkan santai, pelbagai kemudahan disediakan termasuklah jaringan jalur lebar, komputer, meja, kerusi, soket dan banyak lagi.

Kemudahan yang lengkap dan suasana mendamaikan itu sudah semestinya sesuai untuk penjawat awam melaksanakan aktiviti dalaman jabatan mahupun perbincangan berskala kecil atau sederhana.


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain