Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ungguli Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Tahun 2020

Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Sabah 2020 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Majlis telah berlangsung di Aras 26, Blok A, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Turut hadir adalah YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Dato' Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah dan YBhg. Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dan Datuk Seri Dr Yusof Ismail, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Memetik ucapan YAB Ketua Menteri, penganjuran Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah bertepatan bagi menyungkil kreativiti para penjawat awam serta menjadi platform dalam menjana idea baharu yang bersesuaian dengan penyampaian perkhidmatan awam.

Selesai berucap, YAB Ketua Menteri kemudian melancarkan Portal Inovasi Perkhidmatan Awam dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi bagi Anugerah Khas Ketua Menteri, Anugerah Khas Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Kategori Anugerah Khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Sabah.

Pemenang Bagi Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut;

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈

  • Tajuk projek : Sabah trace contact tracing
  • Jabatan : Jabatan Perkhidmatan awam negeri

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

  • Tajuk projek : Sistem pengurusan imej radiologi
  • Kumpulan : Ratu
  • Jabatan : Jabatan radiologi hospital queen elizabeth

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈

  • Tajuk projek : Portal informasi covid 19
  • Jabatan : Jabatan perkhidmatan awam negeri

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

  • Kumpulan : Momentum
  • Jabatan : Jabatan bendahariuniversiti malaysia sabah

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐂𝐓 (𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍) 

  • Kumpulan : Ratu
  • Jabatan : Jabatan radiologi hospital queen elizabeth

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐂𝐓 (𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌)

  • Kumpulan : Fireaxe
  • Jabatan : Jabatan bomba dan penyelamat malaysia negeri sabah

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃

  • Kumpulan: Inno-spi
  • Jabatan : Sektor pendidikan islam jabatan pendidikan negeri sabah

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

  • Jabatan : Jabatan kastam diraja malaysia zon sabah

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅(𝐊𝐈𝐊)

  • Kumpulan : Mantul Innovation
  • Jabatan : Sekolah menengah kebangsaan tawau.

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍

  • Kumpulan : Ppst stem warrior
  • Jabatan : Pusat persediaan sains & teknologi universiti malaysia sabah

𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

  • Jabatan : Perbadanan pinjaman sabah

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐂𝐓 (PELANGGAN DALAMAN)

  • Jabatan : Jabatan perkhidmatan komputer negeri

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐂𝐓 (𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌)

  • Jabatan : Majlis perbandaran tawau

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃

  • Jabatan: Jabatan perkhidmatan komputer negeri

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

  • Jabatan : Jabatan pembangunan sumber manusia

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅(𝐊𝐈𝐊)

  • Jabatan : Perpustakaan Negeri Sabah cawangan ranau

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Jabatan : Majlis daerah keningau

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai Anugerah Inovasi Sektor Awam 2020.

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain