YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menyempurnakan perasmian penutupan Program Pengenalan Organisasi Kepada Pegawai-Pegawai Pertukaran ke Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di Pusat Latihan Dan Makmal JANS, Putatan pada 23 Februari 2021 bersamaan Selasa lepas.
Selesai berucap, Ybhg Datuk kemudian menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Turut hadir adalah Tuan Ir Edward Lingkapo, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Encik Azri Abdullah, Timbalan Pengarah JANS (Pembangunan), Encik Baharuhom Sogon Timbalan Pengarah JANS (Operasi dan Penyelenggaraan), wakil Pegawai SPRM, dan Ketua-Ketua cawangan JANS.
‘SABAH MAJU JAYA’