Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Pelaburan Asing/Domestik bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC), Kota Kinabalu.

Ketika berucap pada majlis itu, YAB Perdana Menteri berkata, keyakinan pelabur tempatan dan asing membuat pelaburan di negeri ini menunjukkan potensi Kerajaan Negeri Sabah mengupayakan tanah dan sumber demi manfaat rakyat keseluruhannya.

Beliau juga memberi jaminan sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pelan pembangunan seumpama itu dan memastikan Sabah mendapat layanan yang adil dalam semua aspek seiring dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet Persekutuan.

Hadir sama ialah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Seri Mohamed Redzuan Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah YB Dato Sri Bung Moktar Radin, YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Haji Kadzim Haji M.Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, bersama barisan Menteri Kerajaan Negeri Sabah serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah.

Sementara itu, YAB Ketua Menteri berkata, pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City merupakan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah kluster sektor pelancongan. Manakala, Majlis MoU pertama melibatkan kluster sektor perindustrian iaitu Projek Kilang Pembuatan Copper Foil antara Syarikat SK Nexilis Company Limited, Korea dengan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn. Bhd.

Majlis MoU kedua pula melibatkan inisiatif pelaburan domestik antara Linaco Group of Companies dan Kerajaan Negeri Sabah berkaitan penanaman dan memproses kelapa iaitu high-yield hybrid coconut palms berskala besar diikuti dengan pembangunan kilang memproses kelapa bersepadu untuk mengoptimumkan pengeluaran produk berasaskan kelapa.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain