Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Amanat dan Pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya

Majlis Amanat dan Pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0 : 2021-2025) telah berlangsung di aras 4, Dewan Sipadan 2, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 29 Mac 2021 (Isnin). Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Seramai 1,500 tetamu hadir terdiri daripada Jemaah Menteri Kabinet Negeri, Pembantu-Pembantu Menteri, Setiausaha-Setiausaha TetapKementerian, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Sabah dan Persekutuan. Hadir sama ialah YBhg. Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah.

Sabah Maju Jaya (SMJ) merupakan cetusan idea YAB Ketua Menteri yang diilhamkan daripada cogan kata Jata Sabah dan telah diumumkan ketika pembentangan intipati Belanjawan Negeri 2021 pada 18 Disember tahun lepas. SMJ merupakan pelan pembangunan negeri yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun sepanjang tahun 2021 hingga 2025.

Pelaksanaan fasa pertama dimulakan dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0:2021-2025) berpaksikan kepada tiga (3) teras utama iaitu (S) Sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi, (M) Modal Insan dan Kelestarian Rakyat, serta (J) Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau.


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain