YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan Ybrs. Josie Lai Mei Sing, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) mewakili Kerajaan Negeri Sabah untuk menandatangani perjanjian tersebut, manakala Ybrs. Dr Rafiq Idris, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ybrs. Francis Vincent Ariffin JNR, Pengurus Besar Bahagian Operasi Perniagaan mewakili UMS Investment Holdings Sdn.Bhd.
Mengikut kontrak perjanjian berkenaan, Kerajaan Negeri Sabah akan bekerjasama dengan UMS Investment Holdings Sdn.Bhd bagi mengkaji tahap kegembiraan dan kepuasan bekerja dalam perkhidmatan awam. Kajian indeks ini dilaksanakan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan serta mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi.
Hadir sama pada majlis itu ialah Profesor Madya Dr Muhammad Idris Bullare@Bahari, Ketua Penyelidik, Profesor Dr Mohd Dahlan A Malek, Ahli Penyelidik, barisan Pengarah Bahagian JPAN, serta Jawatankuasa Penganjur.