Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2021

Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2021 telah diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 6 Mei (Rabu), bermula jam 10 pagi.

Ucapan amanat yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar bin Untong, JP, itu disaksikan oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan warga perkhidmatan awam secara telesidang melalui aplikasi Zoom dan siaran langsung di laman Youtube rasmi Kerajaan Negeri Sabah. Turut hadir pada majlis itu, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Dalam ucapan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata, pelan pendigitalan yang sedang dilaksanakan akan mencapai sasarannya mengikut perancangan serta kerjasama yang utuh daripada semua Ketua-Ketua Jabatan dan warga perkhidmatan awam.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri Sabah memandang serius dalam melestarikan budaya integriti serta mewujudkan generasi berintegriti dalam perkhidmatan awam negeri.

Selaras dengan itu, Unit Audit Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ditubuhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Bil. 2 Tahun 2020 yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2020.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa pada tahun lepas, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah mencatatkan 89.27 peratus skor penilaian terhadap keberkesanan pelaksanaan audit dalam.

Pada masa yang sama, Sistem i-Adu Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri turut dilancarkan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri pada majlis berkenaan.

Sistem ini diwujudkan bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus aduan merentasi semua agensi negeri dengan lebih cepat dan efisen, serta aduan awam dapat diterima, diproses dan diselesaikan secara real time.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain