Kandungan sedang dimuatkan...

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Diraikan Secara Norma Baharu


Walaupun tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Kebangsaan tahun 2021 tetap diraikan di peringkat negeri Sabah.

Sambutan norma baharu buat kali kedua ini berlangsung di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah dalam suasana penuh kesederhanaan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan berikutan penularan Covid-19.

Tahun ini, tema sambutan masih mengekalkan tema yang sama iaitu 'Malaysia Prihatin', bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk menumpukan fokus utama memerangi pandemik Covid-19.

Majlis dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama barisan anggota Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Majlis dimulakan dengan upacara menaikkan Bendera Malaysia serta nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Acara menaikkan Jalur Gemilang disempurnakan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diikuti bacaan ikrar yang dipimpin oleh 11 orang wakil petugas barisan hadapan.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan tayangan montaj serta penyerahan momento daripada YAB Ketua Menteri kepada 10 agensi barisan hadapan sebagai tanda penghargaan daripada seluruh rakyat Sabah atas perjuangan dan pengorbanan mereka.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain