Kandungan sedang dimuatkan...

YBhg. Datuk KPPAN Hadir Mesyuarat CITF Peringkat Negeri Sabah


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai telah menghadiri Mesyuarat Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) peringkat negeri Sabah di Menara Kinabalu pada Isnin.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Menteri Kesihatan Malaysia YB Khairy Jamaluddin.

Fokus utama perbincangan adalah berkaitan kerjasama erat Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan dalam memerangi penularan Covid-19 di negeri ini.

Antara intipati perbincangan termasuklah meningkatkan kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi bagi mencapai sasaran 60 peratus daripada jumlah populasi dewasa di negeri ini mendapat vaksinasi lengkap menjelang akhir September, manakala 80 peratus menjelang akhir Oktober depan.

Selain itu, mesyuarat itu turut membincangkan tentang keperluan-keperluan pengurusan pandemik Covid-19 di hospital serta melaksanakan mobilisasi tenaga kerja yang diperlukan untuk berkhidmat di negeri ini.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan ll YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah YB Tuan Haji IR. Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdulllah, serta Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Ybrs. Dr Rose Nani Mudin.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain