Kandungan sedang dimuatkan...

Lawatan Sulung Perdana Menteri di Sabah


Perdana Menteri YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu bagi mengadakan lawatan sehari selain menghadiri sambutan Hari Malaysia Ke -58.
Kedatangan beliau di negeri di bawah bayu ini merupakan lawatan sulung sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ketibaannya disambut oleh Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama barisan pemimpin negeri yang lain.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar jam 11:05 pagi, beliau seterusnya menuju ke Bangunan Menara Kinabalu bagi mengadakan pertemuan tertutup bersama YAB Ketua Menteri.

Selesai majlis, YAB Perdana Menteri mengumumkan peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM18,241,250 dari Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada Negeri Sabah.

Selain itu, Peruntukan Perbelanjaan Operasi Dalam Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022 berjumlah RM9.5 juta turut diumumkan oleh beliau.

YAB Perdana Menteri seterusnya hadir ke Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sekitar jam 8.30 malam sebelum berlepas pulang semula ke ibu negara.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain