Kandungan sedang dimuatkan...

Sambutan Hari Malaysia 2021 Diraikan Penuh Semangat Dalam Norma Baharu

Sambutan Hari Malaysia 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada malam Khamis, tetap diraikan dengan penuh semangat meskipun dilaksanakan secara norma baharu.

Sabah menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia tahun ini dan dilaksanakan dengan jayanya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat termasuk keperluan wajib dua dos kepada petugas serta tetamu jemputan.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor dan wakil Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, barisan Kabinet Menteri Persekutuan dan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Pada majlis itu, acara simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2021 telah dilaksanakan bagi memperingati penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah bersama YB Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Bertepatan dengan tema “Malaysia Prihatin”, majlis seterusnya diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan, nyanyian lagu patriotik oleh Artis Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan disusuli dengan tayangan video montaj "Malaysia Prihatin".
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain