Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Setahun Kerajaan GRS Bersama Rakyat

Majlis Setahun Kerajaan GRS Bersama Rakyat telah berlangsung di Dewan Sipadan III, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 29 September (Rabu), jam 10 pagi.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri I, YB Dato' Sri Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri II, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, dan Timbalan Ketua Menteri III, YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Pengisian majlis termasuklah Amanat YAB Ketua Menteri, persembahan montaj momento imbasan Setahun Kerajaan GRS, pelancaran serta penyampaian sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Sabah, dan pelancaran Buku Polisi Amalan Baik Peraturan Negeri Sabah (GRP Sabah 2021).

Sepanjang majlis berlangsung, pihak urusetia sentiasa memastikan perjalanan majlis dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, JP, Barisan Kabinet Negeri dan Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP.


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain