Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin Wisma Wanita

Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita, Kota Kinabalu telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Ballroom Wisma Wanita, pada 15 Oktober (Jumaat), jam 9:30 pagi.

PPV Wisma Wanita dikendalikan seramai 425 penjawat awam negeri dan persekutuan serta Jururawat bersara yang menawarkan diri sebagai petugas.

Ketika menyampaikan ucapan, YBhg. Datuk Ketua Pengarah berkata, sebanyak 97 peratus daripada 20,174 kakitangan awam negeri Sabah telah menerima suntikan vaksin berdasarkan rekod Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) yang direkodkan sehingga 10 Oktober lepas.

Katanya, PPV Wisma Wanita juga merupakan pusat yang berjaya menyumbangkan sebanyak 12,709 suntikan vaksin COVID-19 yang melibatkan seramai 6,757 orang penerima dos pertama, manakala seramai 5,455 orang lagi adalah penerima dos kedua.

Selain itu, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan menetapkan syarat pengambilan kakitangan awam baharu ke dalam perkhidmatan awam negeri dengan mewajibkan setiap calon melepasi tahap penilaian kesihatan diri dan sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap.


Katanya, langkah ini selari dengan usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai untuk berurusan di semua bangunan kerajaan.

Pada majlis itu, turut berlangsung penyampaian cenderamata kepada YBhg. Datuk Masnah Matsalleh, Pengarah Bersama Project Management Team CITF Negeri, Puan Rusnah Kuyung, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Negeri dan wakil dari Mayor Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Puan Faradillah Abdul Rani serta wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr. Prabakaran Solomon A/L Dhanaraj.

Sijil penghargaan juga disampaikan oleh YBhg Datuk (Datu) Rosmadi kepada wakil petugas dari lima agensi berbeza iaitu Tuan Mohammad Effendi Jamaludin (wakil Perkhidmatan Awam Negeri), Tuan Saiful Mukharrom Mohd Tahrir (Perkhidmatan Awam Persekutuan), Dr Suhaila Osman (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah), Mohd Nazzim Abu Hassan (Sukarelawan MyVac), serta Mohd Bakry Mohd Baily (RELA Daerah Kota Kinabalu).

Turut hadir, Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan), Tuan Zainal Saridi, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan) dan Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan).
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain