Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Perasmian Dos Penggalak PICK negeri Sabah

Majlis Perasmian Dos Penggalak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sabah telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 20 Oktober 2021.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan gimik perasmian yang mana YAB Ketua Menteri menjadi individu pertama menerima dos penggalak yang bermula Rabu lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, YB Datuk Dr Joachim Gunsalam dan beberapa Menteri dan Pembantu Menteri, petugas kesihatan, polis dan tentera serta agensi berkaitan.

Turut menerima suntikan dos penggalak Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, pemberian dos penggalak itu diberikan kepada petugas kesihatan, polis dan tentera serta agensi berkaitan sehingga 20 November. Selepas tempoh itu, JKNS akan memulakan pemberian dos penggalak ini kepada golongan berisiko dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain