Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Makan Malam Bersama Dato Wira Lee Chong Wei, JP


Majlis Makan Malam Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Bersama Dato Wira Lee Chong Wei, JP, telah diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Menteri dekat Sri Gaya, pada 26 Oktober 2021 (Selasa), jam 7 malam.

Pada majlis tersebut, Dato Wira Lee Chong Wei telah menyerahkan raket badminton yang pernah digunakan olehnya kepada Ketua Menteri Sabah, selain menghadiahkan raket Yonex edisi khas kepada tetamu kenamaan yang hadir.

Majlis diadakan bagi meraikan kedatangan bekas pemain nombor satu dunia itu ke Sabah untuk menerima watikah Jaksa Pendamai (JP) pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 tahun, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu yang berlangsung pada sebelah pagi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Datuk Jafry Haji Ariffin (JP), bersama Pembantu Menteri YB Datuk Joniston Bangkuai, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain