Kandungan sedang dimuatkan...

JPAN Laksanakan Inisiatif Pendigitalan Rekod Fail Peribadi Kakitangan


Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan inisiatif Pendigitalan Rekod Fail Peribadi buat pertama kalinya.

Demonstrasi pendigitalan ini telah dilakukan oleh kakitangan JPAN, Encik Md Shahwal Md Zini dan diselia oleh Encik Samuel Michael di Unit Fail, tingkat 12 di Menara Kinabalu, pada 26 Oktober 2021 (Selasa).

YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri juga berkesempatan menyaksikan dan mencuba sendiri pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Difahamkan, dengan adanya inisiatif ini, maklumat penting dalam fail peribadi kakitangan awam negeri akan diimbas terlebih dahulu, kemudian disimpan ke dalam Pangkalan Data (Database).

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan), YBrs Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan), YBrs Tuan Zainal Saridi dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan), YBrs. Tuan Ramlee Kariah serta Pengarah Khidmat Pengurusan, Tuan Mohammad Effendi Jamaludin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Mary Paul Mijong Dagul.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain