Kandungan sedang dimuatkan...

Jawatankuasa Teknikal HSMJ Mengadakan Lawatan Gerakan Pemantauan: Penyampaian Perkhidmatan dan Tadbir Urus Bil 1 Tahun 2021

Jawatankuasa Teknikal Hala Tuju Sabah Maju Jaya telah mengadakan Lawatan Gerakan Pemantauan : Penyampaian Perkhidmatan dan Tadbir Urus Bil 1 Tahun 2021 ke Pusat Pembiakbakaan Lembu Pedaging Wario di Kota Belud pada 17 November 2021 (Rabu),  jam 10 pagi.

Lawatan disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) YBhg. Datuk Hajah Masnah Matsalleh, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Puan Siti Afsah Mohd Kudi, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perkhidmatan Tuan Ramlee Kariah, dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr Peter A.K. Lee.

Rombongan Jawatankuasa seterusnya meninjau Tapak Pembinaan Rumah Penyembelihan Ruminan dan Bilik Sejuk Beku di Kota Belud.

Pada sebelah petang pula, rombongan mengadakan lawatan ke Ladang Penternak Syarikat Berkat Agroseni Sdn Bhd di Kota Marudu.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain