Kandungan sedang dimuatkan...

Eksekutif Forum SMJ-SOGDC sempena SMJ-SOGIP 2022

Eksekutif Forum SMJ-SOGDC sempena Minggu SMJ-SOGIP 2022 telah berlangsung kelmarin di Dewan Sipadan I, aras 4, Sabah International Convention Centre (SICC) dekat sini.

Forum ini melibatkan pihak berkepentingan terdiri dalam kalangan pakar serta pemain industri, pengubal dasar dan pihak pelaksana.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datuk Rusdin Musidi Riman, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.

Seterusnya, diikuti dengan tiga sesi forum berkaitan topik Polisi Perindustrian Sabah dan keupayaan institusi, Prospek masa depan Industri Minyak dan Gas Sabah : Cabaran tenaga yang boleh diperbaharui, serta Memperkasakan penyertaan tempatan dalam Industri Minyak dan Gas.

Sesi petang pula adalah mengenai topik melangkah ke hadapan: Isu utama dan cabaran dan tetapan semula Industri Minyak dan Gas, sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan ucapan rumusan daripada Haji Abdul Kadir bin Abdullah @ O.K.K Haji Damsal, Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC.

Terdahulu, Eksekutif Forum SMJ-SOGDC diadakan bagi membincangkan serta melakar hala tuju masa depan industri Minyak dan Gas Sabah.

Pemilihan tema forum iaitu "Time for Execution: Making Things Happen " adalah bertepatan dalam menangani sebarang isu, cabaran dan peluang di peringkat mikro dalam merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain