Kandungan sedang dimuatkan...

Ekadasa platform ketengah idea-idea baharu

KOTA KINABALU: Penganjuran Program Ekadasa Sabah Maju Jaya (SMJ) menjadi platform untuk mengetengahkan penjanaan idea-idea baharu dan segar. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, penjanaan idea baharu dan segar merupakan nadi utama dalam merealisasikan matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya.


“Kadang-kadang apa yang kita rancang hanya berdasarkan kehendak atau kemahuan kita yang akhirnya tidak dapat memenuhi keperluan sebenar rakyat di lapangan.


“Oleh itu, kita perlu memastikan agar masyarakat sentiasa didekati dan didengari supaya kita dapat melaksanakan perancangan yang teratur seterusnya dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.


“Melalui program ekadasa ini, kerajaan negeri tidak hanya membataskan perolehan input-input baharu daripada kalangan penjawat awam sahaja malah turut mengalu-alukan perolehan input dari pemegang-pemegang taruh yang lain termasuk ahli-ahli akademik dan juga warga belia,” katanya ketika berucap pada Majlis Epilog Ekadasa Sabah Maju Jaya di Sabah International Convention Centre (SICC).

Dalam ucapannya, Safar turut mendedahkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi telah dilaksanakan dan dicapai dalam tempoh setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya sejak dilancarkan pada 29 Mac 2021. 

“Kita perlu terus komited bagi melakukan yang terbaik secara berterusan kerana kita sedar bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik dari semasa ke semasa.


“Justeru itu, kita semua akan terus bekerja sebagai satu pasukan dan bersedia pada bila-bila masa memberi komitmen yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan demi Sabah Maju Jaya,” ujar beliau.


Pada majlis itu, Safar juga menerima rumusan Ekadasa Sabah Maju Jaya daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.


Majlis turut dihadiri Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian dan ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri.  – Sumber Jabatan Penerangan

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain