Kandungan sedang dimuatkan...

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2022 dihadiri 1000 tetamu jemputan

Kerajaan Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama isteri YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni, sambil diiringi oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan isteri YABhg. Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salaq.

Seramai 1,000 tetamu jemputan hadir memeriahkan majlis berkenaan, termasuklah dari Persatuan Buta/Pekak, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas yang menerima sumbangan berupa duit raya.

Warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri ditugaskan untuk membantu menjayakan majlis berkenaan yang dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk.

Hadir sama, YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri I, YB Datuk Seri Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II, YB Datuk Seri Panglima St. Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, serta beberapa jemaah Kabinet Negeri Sabah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain