Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah berlangsung di Blok A, Tingkat 12, Menara Kinabalu, pada Rabu.
Seramai lebih 100 orang penjawat awam terdiri daripada warga jabatan serta beberapa tetamu jemputan hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Hadir sama, Tuan Ramlee Haji Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan), Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPANS.