Kandungan sedang dimuatkan...

258 Pegawai dilatih dalami Analisis Impak Peraturan menerusi Bengkel GRP

Bengkel Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice - GRP) - Analisis Impak Peraturan (Regulatory Impact Analysis - RIA) telah berlangsung di Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa selama dua hari, bermula Rabu pagi.

Perasmiannya disempurnakan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Bengkel kali ini telah dilaksanakan secara fizikal tidak seperti penganjuran sebelum ini yang hanya diadakan secara atas talian ekoran pandemik COVID-19.

Setakat ini, seramai 258 pegawai dari pelbagai agensi kerajaan negeri Sabah berjaya dilatih secara mendalam berkaitan tujuh elemen Analisis Impak Peraturan atau RIA yang merupakan eleman yang perlu dipatuhi dalam proses penyemakan peraturan.

Semasa berucap, YBhg. Datuk KPPAN merangkap Ketua Sekretariat GRP Sabah juga sempat berkongsi pengalaman kerja dan mengajak peserta bengkel untuk terus komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Turut hadir, YBrs. Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (Sektor Perkhidmatan), YBrs. Mokhzani Aris Mohd Yusoff, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah, dan Puan Celestina Aron, Pengarah Bahagian Prestasi Agensi Awam JPAN.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain