Kandungan sedang dimuatkan...

Taklimat Program JAKM Peringkat Negeri Sabah kepada YAB Ketua Menteri

Taklimat penganjuran Program Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri telah diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Selasa pagi.

Sesi itu disampaikan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri
dan turut disertai oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Hadir sama, YBhg. Dato' Sarul Bahiyah binti Haji Abu, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBrs. Puan Nadzerah binti Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, YBrs. Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Dayang Noorashikin binti Zulkefli, Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, serta Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol.

Seusai taklimat, YB Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg. Datuk KPPAN turut mengadakan lawatan tapak program berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Lawatan itu turut disertai oleh Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, JP, Ketua Pegawai Eksekutif SICC.

Program Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia akan diadakan pada 20 hingga 22 Mei ini dan dijangka akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 20 Mei 2022.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain