Kandungan sedang dimuatkan...

Hari Keluarga JPANS 2022 disambut sederhana namun meriah

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pihak Pekerja 2020/2022 dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan JPANS telah mengadakan Program Hari Keluarga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2022 di Pantai Tanjung Aru I, pada Selasa lepas.

Program yang berlangsung seawal pukul 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Selain memberi ruang untuk saling kenal mengenali serta mengeratkan silaturahim, program ini juga berobjektif untuk menyemarakkan lagi semangat kerjasama secara berpasukan selain menanam nilai-nilai murni dalam kalangan warga jabatan.

Pelbagai acara menarik berlangsung seperti Pertandingan Membina Istana Pasir, Pertandingan Mewarna, Jalan Sambil Bawa Bola Ping Pong Atas Sudu, Pancing Botol, Isi Air Dalam Gelas Guna Sudu, Infinite Line Game, Lari Ikat Kaki, Buang Belon Air Berpasangan, Kerusi Berirama, dan Tarik Tali 5v5.

Hadir sama, YBrs. Ramlee Haji Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan), YBrs. Puan Josie Lai Mei Sing, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPANS.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain