Kandungan sedang dimuatkan...

Kepelbagaian etnik di Sabah gambaran semangat sebenar Keluarga Malaysia

Kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa merupakan gambaran semangat sebenar Keluarga Malaysia yang ditekankan oleh kerajaan masa kini.

YAB Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata, beliau amat berbangga melihat rakyat Sabah yang sememangnya memiliki semangat sedemikian.

“ Bak kata pepatah orang Kadazan, ‘Osusa Toi Asanang Tomoimo Miiso’ yang bermaksud susah atau senang, suka atau duka kita tetap bersama bersatu dalam satu Keluarga Malaysia.

“Inilah harapan besar saya,” katanya ketika merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Sabah, pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, sifat keterbukaan rakyat Sabah yang diwarisi sejak zaman berzaman, terbukti masih dipegang teguh dalam memupuk keharmonian hidup rakyat di negeri ini.

Tambahnya, kepelbagaian itu juga telah mewarnai kehidupan rakyat Sabah sehingga mampu membentuk sebuah keluarga besar yang cekal mengharungi serba serbi liku cabaran bersama.

Sementara itu, Kerajaan sedang mengadakan libat urus yang menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi mendapatkan input semua pihak termasuk peringkat akar umbi bagi memastikan sasaran Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) tercapai.

“ Dibawah fasa pertama BMTKM, sebanyak 10 lokaliti di Sabah telah dikenal pasti iaitu Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort, dan Ranau,” jelasnya.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan amat positif dalam memenuhi segala perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehubungan dengan itu, sebuah jawatankuasa peringkat persekutuan dibentuk dan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan turut disertai YAB Ketua Menteri Sabah.

Justeru, beliau berharap agar sebarang isu mahupun permintaan Sabah yang tertunggak dapat dibincangkan dan dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain