Kandungan sedang dimuatkan...

Kerajaan Negeri cadang wujud kerjasama dengan Persekutuan gerakkan inisiatif berkonsepkan karnival mini

Kerajaan Negeri Sabah bercadang mewujudkan satu kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menggerakkan inisiatif berkonsepkan karnival mini.

Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor berkata, konsep ini akan dipraktikkan dengan menggabungkan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya di peringkat bahagian atau daerah secara berperingkat.

“Program seumpama ini penting agar kita dapat menyemarakkan dan merakyatkan kedua-dua agenda kerajaan ini secara seiring dan meluas di peringkat akar umbi.

“Sebagaimana yang sering saya tegaskan, nilai dan makna sesebuah agenda pembangunan kerajaan seharusnya bukan hanya boleh didengar, tetapi harus dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Sabah 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC), Jumaat lepas.

Program JAKM peringkat negeri Sabah merupakan lokasi ketiga penganjuran jelajah Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Ismail Sabri bin Yaakob.

Selain itu, YAB Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri juga amat menghargai sokongan dan kerjasama rapat kepimpinan dan seluruh jentera kerajaan persekutuan yang sentiasa komited terhadap kepentingan serta pembangunan negeri Sabah.

Katanya, ia bertepatan dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri terhadap konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri sendiri.
Tambahnya, konsep itu telah diiktiraf sebagai satu kerangka yang memayungi pelaksanaan agenda pembangunan negeri berlandaskan tiga faktor utama iaitu konsep kenegaraan yang utuh, nilai murni kekeluargaan, serta kepentingan rakyat.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain