Kandungan sedang dimuatkan...

Lebih 1,200 hadir Majlis Perasmian Program JAKM peringkat negeri Sabah

Lebih 1,200 orang termasuk pempamer hadir memeriahkan Majlis Perasmian Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Sabah yang diadakan di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Centre (SICC), Jumaat lepas.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

YAB Perdana Menteri menyempurnakan simbolik perasmian menerusi gimik penyerahan seikat padi sinonim dengan sambutan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai yang menjelang tiba. Seikat padi itu kemudian diletakkan ke atas podium pelancaran.

YAB Perdana Menteri seterusnya menyantuni 11 orang anak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pendemik COVID-19 , kemalangan dan lain-lain bencana menerusi penyampaian sumbangan daripada Yayasan Keluarga Malaysia.

Acara berikutnya, penyampaian Geran Malaysian Incentive Comunity Empowerment (My I-C-E) bernilai RM10,000 kepada 10 pertubuhan terpilih bagi kategori kebajikan, sosial, keselamatan, dan Hak Asasi yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Difahamkan, tahun ini sahaja, sebanyak 2,000 pertubuhan yang layak di seluruh negara disasarkan menerima manfaat geran ini dengan jumlah peruntukan RM20 juta di bawah Bajet 2022.

Majlis disemarakkan lagi dengan Koir lagu Sabah Maju Jaya, diikuti nyanyian lagu Keluarga Malaysia oleh PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia, sebelum sesi bergambar dan lawatan ruang Kapsul Keluarga Malaysia serta reruai pameran agensi persekutuan dan negeri oleh tetamu kehormat.

Hadir sama, YB Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Persekutuan, YB Datuk Haji Kadzim Haji M.Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri Persekutuan dan Negeri, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Dato’ Sarul Bahiyah binti Haji Abu, Setiausaha Persekutuan Sabah, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Sabah merupakan negeri ketiga bagi kesinambungan penganjuran program JAKM, selepas Johor dan Perlis yang diadakan awal Mac lepas.

Program JAKM peringkat negeri Sabah diadakan selama tiga hari bermula hari ini (20 Mei), pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang di aras dua dan empat, SICC, dekat sini.

Pelbagai pengisian menarik seperti kaunter perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi, Program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia, serta pelbagai gerai usahawan turut dibuka sepanjang program berlangsung.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain