Kandungan sedang dimuatkan...

Kursus Etika Majlis Rasmi dan Pengucapan Awam Mutiara GRS

Kursus Etika Majlis Rasmi dan Pengucapan Awam bagi Ahli-Ahli Pertubuhan Muafakat Amal Titipan isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah- Mutiara GRS telah diadakan di Dewan Sipadan I, Sabah International Convention Centre (SICC), pada Sabtu.

Perasmian kursus disempurnakan oleh YABhg. Datuk Seri Panglima Hajah Juliah binti Salag, Isteri YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Mutiara GRS.

Kursus yang berlangsung selama sehari itu bertujuan memberi pendedahan secara komprehensif mengenai amalan protokol dan etiket sosial seperti tatacara berpakaian, penampilan diri serta kebolehan berkomunikasi sama ada ketika menghadiri majlis formal mahupun tidak formal.

“ Aspek ini penting untuk menyedia dan menambah keyakinan kita, sama ada ketika berbual atau semasa berucap di majlis-majlis yang kita hadiri.

“Walaupun secara rasminya, kita sebagai isteri kepada barisan kepimpinan negeri bukanlah individu yang dipilih untuk memimpin, namun secara realitinya persepsi awam mengharapkan isteri kepada wakil rakyat haruslah individu dengan penampilan berwibawa dan tampak meyakinkan,” kata YABhg DSP Hajah Juliah ketika berucap merasmikan kursus berkenaan.

Justeru, beliau cukup yakin bahawa ahli-ahli Mutiara GRS berupaya mengaplikasikan ilmu baharu itu agar terus releven seiring arus perdana.

Turut hadir, YBhg. Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimuddin, Naib Yang DiPertua Satu Mutiara GRS, YBhg. Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, Naib Yang DiPertua Dua Mutiara GRS, YBhg. Datin Linda Ewit, Naib Yang DiPertua Tiga merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Mutiara GRS, YBrs. Encik Mohd Yassin Ibrahim, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), dan YBrs. Encik Mohammad Norazmi Haris, Penceramah kursus.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain