Kandungan sedang dimuatkan...

Rosaline dinobat Unduk Ngadau SMJ JPAN 2022

Rosaline Oliver dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau SMJ 2022 setelah menewaskan tiga peserta lain.

Rosaline yang mewakili aras 14 itu tampil dengan pakaian tradisi suku kaum Tatana dengan pungutan markah sebanyak 263 mata.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Christabelle Jill Ellron, wakil dari Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dengan pungutan markah sebanyak 250 mata.

Christabelle telah memperagakan pakaian tradisi suku kaum Murut.

Wakil Aras 12, Aelvia Eter Tohiron yang memakai pakaian suku kaum Dusun pula merangkul tempat ketiga, manakala Mardoline Matusin, wakil aras 13, mendapat tempat keempat dengan memperagakan pakaian suku kaum Murut.

Sementara itu, gelaran Mr Kaamatan SMJ 2022 pula diberikan kepada Denard Rico D Angang yang mewakili aras 12.

Denard yang tampil dengan pakaian tradisi suku kaum Kadazan Dusun itu berjaya menewaskan tiga peserta lain dengan pungutan markah sebanyak 208 mata.

Tempat kedua dimenangi oleh Azrel Hassan, wakil Aras 14,yang memakai pakaian suku kaum kadazan dengan pungutan 193 mata.

Manakala, wakil INSAN, Eugene Spencer Albert Samat Lakai, yang memperagakan pakaian Murut mendapat tempat ketiga, manakala, tempat keempat jatuh kepada Vernon Ian Juin, wakil Aras 13, yang memakai pakaian suku kaum Dusun Tatana.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Hadir sama, YBrs Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan) JPANS bersama Pengarah-Pengarah Bahagian dan kakitangan JPANS.

Terdahulu, Unduk Ngadau & Mr Kaamatan SMJ 2022 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang julung kali diadakan itu telah berlangsung di ruang legar aras 12, Menara Kinabalu pada petang Jumaat.

Juri bagi pertandingan berkenaan dijemput khas dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain