Kandungan sedang dimuatkan...

JPANS adakan lawatan kerja di Tungku dan Tawau

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari di daerah Lahad Datu dan Tawau bermula Isnin lepas.

Rombongan diketuai YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri sambil diiringi oleh YBrs. Puan Josie Lai Mei Sing, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan), dan Puan Diana Daria Amit, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi serta beberapa pegawai JPANS.

Lawatan dimulakan di bangunan Urus setia Daerah Kecil Tungku di Lahad Datu bagi menyampaikan taklimat berkaitan struktur organisasi pejabat, isu perjawatan serta penyampaian perkhidmatan.

Sejurus taklimat, rombongan JPANS dibawa melawat tapak pembinaan rumah kerajaan di Tungku, yang diiringi oleh Tuan Alexander Liew, Penolong Pegawai Daerah Tungku bersama kakitangan pejabat.

Pada hari kedua, rombongan JPANS mengadakan lawatan ke tapak dan makmal perlombongan emas di Bukit Mantri, di Balung Cocos yang diselia oleh pihak Wullersdorf Resources Sdn Bhd bersama dua pegawai dari Pejabat Hasil Bumi, iaitu Puan Farah Miasin dan Puan Aerrica Hamzah.

Rombongan kemudian diberi taklimat berhubung pelaksanaan dan pengoperasian tapak oleh Abd Aziz Mahmood, Pegawai Geologi. Turut serta, Ben Lo, Pengarah Eksekutif Wullersdorf.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

20 Muharam 1444
04:52
Imsak
05:02
Subuh
06:13
Syuruk
12:23
Zohor
15:37
Asar
18:31
Maghrib
19:42
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain