Kandungan sedang dimuatkan...

MAJLIS PELANCARAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT-SABAH MAJU JAYA PERINGKAT NEGERI SABAH 2022

10 Sept - YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah melancarkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat – Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Program sehari berkonsepkan perkongsian pintar antara Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri Sabah ini bertepatan dalam mempromosi kesejahteraan kesihatan rakyat negeri ini.

Agenda Nasional Malaysia Sihat merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan, bertujuan membudayakan hidup sihat dan melestarikan persekitaran bagi menyokong kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Ia seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) yang bukan hanya memfokuskan kepada pembangunan ekonomi menerusi sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan tetapi juga kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

YAB Ketua Menteri pada majlis yang sama mengumumkan kerajaan negeri akan memberi biasiswa dan pinjaman kepada anak-anak Sabah yang akan mengikuti bidang perubatan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau turut menegaskan Yayasan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk mengambil perhatian serius terhadap permohonan anak Sabah yang mengikuti jurusan perubatan.

Turut hadir pada majlis itu YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan; YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah; YB Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Exco Kesihatan; pembantu-pembantu Menteri Kabinet negeri; Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, dan YB Datuk Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

Hadir sama, YBhg. Puan Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; YBrs. Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPANS, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai perkhidmatan awam negeri.

 
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain