Kandungan sedang dimuatkan...

BENGKEL MERANGKA INISIATIF PELAN PEMBANGUNAN SMJ 1.0 : 2021-2025 BAGI TAHUN 2022 DAN 2023

13 SEPT - Bengkel Merangka Inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0: 2021-2025 bagi tahun 2022 dan 2023 telah diadakan di Hilton Hotel, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Seramai lebih 100 orang peserta bengkel hadir terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri, Pegawai-Pegawai Daerah, Presiden Majlis Perbandaran, Ketua Agensi Kerajaan Negeri, serta Pegawai-Pegawai SMJ.

Program berobjektif memberi kefahaman serta hala tuju yang jelas berkenaan inisiatif pelan SMJ itu telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri merangkap Ketua Sekretariat SMJ.

Pengisian lain iaitu pelancaran portal rasmi SMJ yang telah dibina secara dalaman oleh Bahagian Governan dan Korporat, JPAN sejajar dengan pemboleh daya kelima iaitu Kerajaan Digital yang membangunkan bakat pendigitalan dalam kalangan penjawat awam.

Selain itu, turut berlangsung pelancaran Buku Garis Panduan GRP Sabah dan seterusnya acara penyerahan buku kepada Setiausaha-Setiausaha Tetap serta Ketua-Ketua Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Hadir sama, YBhg. Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Peguam Besar Negeri Sabah; YBhg. Puan Doris William @ Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran); YBrs. Tuan Sapdin bin Ibrahim, Setiausaha Tugas-Tugas Khas; YBrs. Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) merangkap Timbalan Ketua Sekretariat SMJ serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPAN.
 
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain