Kandungan sedang dimuatkan...

LIMA ANAK MUDA SABAH TERIMA BIASISWA ANUGERAH TYT

13 SEPT - Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah, berkenan menerima kunjungan hormat rombongan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) di Istana Seri Kinabalu, pagi tadi.

Kunjungan diketuai oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemilihan Biasiswa Anugerah Tuan Yang Terutama.

Seramai lima orang anak tempatan Sabah menerima Biasiswa Anugerah TYT yang merupakan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Istimewanya pada tahun ini, ia merupakan kali pertama penerima biasiswa menerima pengiktirafan tersebut daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Penerima anugerah tersebut adalah Standley Ka Gong Sheng yang akan melanjutkan pengajian di University of Cambridge, United Kingdom; Muhammad Nabil Zikri bin Omarbawi di University of South Wales, United Kingdom; Muhammad Yousoff bin Mohd Yunus di University of Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat; Aidam Cyril Gom di Curtin University Perth, Australia; dan yang terakhir Fitri Aisya Nabila binti Mansur di University of Porthmouth, United Kingdom.

Semasa ditemubual Pemberita, Datuk Ketua Pengarah berkata, pengiktirafan ini merupakan julung kali diadakan dan berharap kesemua penerima dapat menjaga nama baik diri, keluarga serta negeri Sabah ketika berada di luar negara.

Anugerah TYT ini telah diberikan kepada pelajar tempatan yang terpilih pada setiap tahun bermula sejak tahun 1982.

Turut hadir, YBrs. Tuan Zainuddin bin Aman Setiausaha Tetap Kementerian Sainsm Teknologi dan Inovasi, YBrs. Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah, Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri dan ibu bapa penerima anugerah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain