Kandungan sedang dimuatkan...

RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA BANTU RAKYAT AKSES RUMAH MAMPU MILIK

28 SEPT- Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Peringkat Negeri Daerah Kuala Penyu dan Menumbok telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Perkampungan Rumah Budaya di Kuala Penyu, pada Rabu (28 Sept).

Pelancaran Rumah Mesra SMJ ini adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi membantu rakyat dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perumahan mampu milik.

Menurut YAB Ketua Menteri, pembinaan Rumah Mesra SMJ akan melibatkan 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menggunakan geran khas Persekutuan berjumlah RM125.6 juta.

Geran tersebut akan disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) negeri Sabah pada tahun ini untuk digunakan membina setiap unit Rumah Mesra SMJ yang bernilai RM70,000.

Pada majlis itu juga, Sekretariat SMJ turut membuka reruai pameran digital bagi mempamerkan inisiatif dan hala tuju Sabah Maju Jaya kepada pengunjung yang datang.

Turut hadir, YB Datuk Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri iii merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian yang kini memangku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah; YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah; serta beberapa barisan menteri dan pembantu menteri Kabinet Negeri.

Hadir sama, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar bin Untong, JP, dan YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Negeri merangkap Ketua Sekretariat SMJ.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

4 Jamadil Awal 1444
04:48
Imsak
04:58
Subuh
06:10
Syuruk
12:07
Zohor
15:29
Asar
18:01
Maghrib
19:15
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain