Kandungan sedang dimuatkan...

MAJLIS MAKAN MALAM SERUMPUN KASIH BERSAMA TYT SEMPENA MABIMS KALI KE-46

27 SEPT - Majlis Makan Malam Serumpun Kasih bersama Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), pada malam Isnin (26 Sept).

Majlis yang dihadiri oleh seramai 200 orang jemputan itu adalah bersempena Mesyuarat Pegawai- Pegawai Kanan (SOM) Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali ke-46 Tahun 2022M/1444H.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung bermula hari ini hingga 30 September depan di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.

Tetamu kehormat yang hadir ialah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YB Datuk Haji Mohd Ariffin Haji Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah; Menteri-Menteri dan Pembantu-Pembantu Menteri Kabinet Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri, serta YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Negeri.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

4 Jamadil Awal 1444
04:48
Imsak
04:58
Subuh
06:10
Syuruk
12:07
Zohor
15:29
Asar
18:01
Maghrib
19:15
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain