Kandungan sedang dimuatkan...

FIT INTEGRITI PUPUK BUDAYA GAYA HIDUP SIHAT DAN INTEGRITI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

25 SEPT - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan Program Fit Integriti sempena Minggu Integriti Peringkat Jabatan Ketua Menteri di Dewan Maksak pada pagi Sabtu (24 Sept).

Dirasmikan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, penganjuran program bertujuan untuk melestari sekaligus memantapkan pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan dan berterusan.

Program dihadiri dan disertai oleh seramai 348 orang peserta daripada 24 jabatan/pejabat/ bahagian dan agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Selaras dengan slogan, ‘Amalan Gaya Hidup Sihat Melalui Bersenam’, program Fit Integriti kali ini dilengkapi dengan aktiviti-aktiviti menarik iaitu senamrobik serta sukan SOFIT seperti Bola Way Forward, Cakera Buana, Calitan Paradigma, Belon Swadaya dan Kuasa Pancaindera.

Malah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga hadir berganding bahu menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada penjawat awam.

Turut serta YBhg. Puan Doris William @ Hajah Diyanah Abdullah,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Dr. Ahemad bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain