Kandungan sedang dimuatkan...

𝗝𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗔𝗪 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠

09 Okt - Persatuan Badan Kebajikan Islam, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M, pagi tadi.

Seramai 27 ahli kontinjen JPAN menyertai perarakan tersebut yang diketuai oleh Tuan Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan) JPAN.

Daerah Sandakan menjadi tuan rumah kali ini dengan menyaksikan 122 kontinjen yang dianggotai seramai 5019 peserta.

Sekitar pukul 8.00 pagi, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni, diiringi oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, memulakan perarakan terlebih dahulu.
Perarakan turut disertai oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Arifin bin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah bersama dif-dif jemputan serta semua ahli kontinjen.

Semua kontinjen memulakan perarakan sejauh 2.0 kilometer bermula dari Padang Bandaran ke Dewan Masyarakat Sandakan.

Selesai perarakan sekitar 9.00 pagi, sambutan diteruskan di Dewan Masyarakat Sandakan dengan ucapan YAB Ketua Menteri dan perutusan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Seusai itu, pengumuman dan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul serta pemenang Pertandingan Sepanduk dan Kontinjen Terbaik.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain