Kandungan sedang dimuatkan...

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗥𝗔𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗘𝗦𝗧 𝗗𝗜𝗦𝗖𝗢𝗩𝗘𝗥𝗬 𝗖𝗘𝗡𝗧𝗥𝗘 (𝗥𝗗𝗖), 𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡

27 APR- YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri menghadiri Majlis Pelancaran Hari Hutan Antarabangsa 2023 peringkat negeri Sabah anjuran Jabatan Perhutanan Sabah di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan.

Majlis yang julung kali diadakan di RDC ini, dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima DR. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, mewakili YAB Ketua Menteri Sabah.

Sebanyak tujuh anak pokok Tanjung (Mimusops Elengi) ditanam oleh YB Datuk Seri Panglima DR. Joachim Gunsalam, Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua Konservator Hutan, Ketua-ketua jabatan dan timbalan-timbalan Ketua Konservator Hutan.

Untuk makluman, Hari Hutan Antarabangsa (HHA) diraikan pada 21 Mac setiap tahun yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sambutan HHA bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara dan memulihara khazanah pelbagai hutan di seluruh dunia dan memupuk kesedaran masyarakat tentang sumbangan dan ekosistem hutan kepada kesejahteraan hidup manusia.

Tema untuk 2023 ialah "Hutan dan kesihatan." Ini memperjelaskan lagi sumbangan hutan untuk kesejahteraan manusia sejagat dengan membekalkan udara baik, air bersih, sumber makanan, sumber ubat-ubat serta menstabilkan iklim. Dengan kata lain, "Hutan yang Sihat adalah untuk masyarakat yang sihat" atau "Healthy Forests For Healthy People".
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain