Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai asas rangkaian ICT serta konfigurasi rangkaian ICT. Peserta juga akan didedahkan dengan pelbagai isu mengenai rangkaian, keselamatan rangkaian serta amalan terbaik dalam rangkaian ICT.
Objektif penganjuran ialah untuk memahami konsep-konsep asas, mempelajari pengetahuan mengenai persekitaran rangkaian ICT di samping memperolehi kemahiran dan panduan untuk melaksanakan konfigurasi rangkaian ICT bagi membolehkan komputer berfungsi di dalam rangkaian.
Kursus selama 3 hari ini dilaksanakan di Bilik Latihan JPKN Bandaraya, Wisma MUIS, dihadiri seramai 20 orang peserta dan penceramah undangan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri(JPKN), Cawangan Bandaraya.
Pengisian bagi hari pertama ialah pengenalan kepada asas rangkaian ICT, jenis-jenis rangkaian ICT, perbezaan di antara Internet dan Intranet, pengenalan kepada perkakas asas rangkaian ICT, alamat IP, cara memeriksa alamat IP pada komputer dan melaksana konfigurasi alamat IP pada komputer.
Manakala pada hari kedua pula ialah DIY Pemasangan RJ45 pada kabel LAN, Cara memeriksa kabel yang telah di pasang, DIY konfigurasi LAN antara 2 komputer, pemeriksaan hasil konfigurasi, pengenalan rangkaian tanpa wayar (wireless), pengenalan perkakasan tanpa wayar, wireless router atau access point dan asas konfigurasi _wireless router atau access point
Seterusnya pada hari terakhir iaitu hari ketiga ialah mengenalpasti masalah rangkaian ICT yang kerap berlaku, mengenali langkah-langkah mengatasi masalah rangkaian ICT, mengenali polisi rangkaian ICT yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan mengenali isu berkaitan Keselamatan dalam rangkaian ICT.


