Diketuai oleh YBrs. Encik Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perkhidmatan), objektif lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea serta memperoleh pendekatan baharu bagi meningkatkan mutu pengurusan korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPANS)
Selain itu, untuk pendedahan dan pemahaman yang lebih baik mengenai fungsi dan tatacara perkhidmatan korporat PETRONAS di samping
mewujudkan perhubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan agensi luar melalui strategi penyampaian imej korporat yang berkesan secara menyeluruh.
Antara fokus utama lawatan tersebut adalah perkongsian ilmu mengenai pemantapan ketrampilan diri dan personaliti penjawat awam dari segi penampilan, etika dan komunikasi.
Ini kerana, personailiti yang baik dan profesional adalah fundamental bagi seorang penjawat awam, ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Aktiviti selingan yang dilakukan ialah mengunjungi mercu tanda terkenal ibu kota iaitu “skybridge” Menara Berkembar PETRONAS Kuala Lumpur.


