Majlis diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) seterusnya dilafaz secara beramai oleh pegawai dan anggota perkhidmatan awam yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
merangkap Pengerusi Majlis Pelancaran Minggu Integriti, Jabatan Ketua Menteri.
Turut hadir, YBhg Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sabah, bersama Ketua-Ketua jabatan serta anggota perkhidmatan awam negeri dan agensi berkaitan kerajaan negeri.
Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin Pejabat Direktorat JPANS


