Dihadiri seramai 173 orang peserta, program ini berlangsung di Grand Ballroom, Hotel The Pacific Sutera.
Program MSPA tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri serta Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias, Pengerusi Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Sabah.
Sebanyak empat anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Setiausaha Harapan 2023 (diraih oleh 2 penerima), Anugerah Jasa Kesetiausahaan 2023 (diraih oleh 1 penerima), dua anugerah ini disampaikan oleh YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuindah Haji Alias.
Manakala, Anugerah Setiausaha Cemerlang (diraih oleh 4 penerima) dan anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Setiausaha 2023(dinobatkan pada 1 penerima) telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong.
Turut hadir, Puan Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Mohd Yassin Ibrahim, Pengarah INSAN, Puan Kwan Bitt Yun @ Janey, Timbalan Pengarah INSAN, Puan Doria Tai Yun Tyng, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Puan Diana Daria Amit, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Antara objektif pelaksanaan MSPA ialah untuk, mengeratkan jalinan kerjasama (Networking) dalam kalangan setiausaha daripada sektor awam dan swasta.
Selain itu, menambah ilmu pengetahuan dan jati diri melalui seminar yang diadakan, membudayakan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai setiausaha.
Sekaligus, memupuk sikap prihatin dan penyayang kepada masyarakat melalui aktiviti Kerja Amal; dan juga menghargai jasa dan bakti para setiausaha melalui Anugerah Tokoh Setiausaha dan Setiausaha Cemerlang dalam Perkhidmatan Awam Negeri.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), penari-penari cilik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Luyang, Kumpulan AP TOT, persembahan istimewa dari SSS dan SAS serta Anugerah Best Dress.
Sekian, terima kasih.


