Kandungan sedang dimuatkan...

Kursus Augmented Reality (AR) anjuran Institut Latihan Awam Negeri (INSAN)

4 JUL - telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Latihan, Pejabat Daerah Tenom pada 11 sehingga 13 Julai (selasa sehingga rabu), lepas.

Augmented Reality atau AR ialah teknologi yang memperoleh penggabungan secara real-time terhadap digital yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata di samping membolehkan pengguna melihat objek maya 2D atau 3D yang diunjurkan terhadap dunia nyata.

Kursus ini mendedahkan kepada semua peserta untuk mencipta dan menyediakan pengenalan kepada alat perisian sumber terbuka yang boleh digunakan untuk membina aplikasi AR.

Dihadiri seramai 20 orang peserta, kursus tersebut memberikan pengalaman hands-on dengan demonstrasi AR serta pengenalan kepada alat perisian sumber terbuka yang boleh digunakan untuk membina aplikasi AR

Selain itu, untuk memberi peserta gambaran keseluruhan tentang kawasan belum diterokai dalam bidang AR yang mungkin membuktikan domain bermanfaat untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan masa hadapan.

Kandungan kursus ialah
Module 1 : Introduction to Augmented Reality Module 2 : Tracking for augmented Reality Module 3 : Interaction techniques for Augmented Reality
Module 4: Developing application with UNITY 3D
Module 5: Mobile AR
Module 6: Fubdamental of 3D Development with Unity 3D
Module 7: Using UNITY 3D Scripting

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain