Seramai 116 peserta dari daerah Penampang dan 14 peserta dari daerah Putatan telah menyertai kursus ini. Kursus ini adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat kepada semua warga JPKK agar mempunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas sekali gus menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.
Ceramah bertajuk “Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025)” turut disampaikan oleh Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya, Puan Rosnih binti Othman kepada peserta kursus. Perkongsian ilmu ini adalah untuk menerapkan ciri-ciri pemimpin yang efektif bagi setiap warga JPKK agar dapat merealisasikan visi dan misi KPLB Sabah selari dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir, YBhg. Datuk Norlijah Hj. Danin, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Tuan Francis Chong Yu Shing, Pegawai Daerah Penampang, Tuan Mokhtar bin Hussin, Pegawai Daerah Putatan dan pegawai-pegawai kanan KPLB.
Sekian.
Sekretariat Sabah Maju Jaya
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


