Bertempat di hotel Hilton, penganjuran kursus selama dua hari ini direka khas bagi pegawai-pegawai kumpulan pengurusan dan profesional khususnya bagi Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan pegawai gred 41 dan ke atas.
Ini bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan asas dalam bidang ekonomi agar dapat mengelolakan sumber negeri dengan baik.
Di samping itu, agar barisan pegawai lebih cakna dengan pelaksanaan-pelaksanaan dasar kerajaan dalam pembangunan ekonomi Malaysia terutamanya negeri Sabah.
Dihadiri seramai 40 orang peserta, ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Firdausi Suffian, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah merangkap Timbalan Pengarah Society Empowerment and Economic Development in Sabah (SEEDS).
Sekian, terima kasih.


