Kandungan sedang dimuatkan...

𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗽𝗮𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗷𝘂 𝗝𝗮𝘆𝗮 (𝗦𝗠𝗝) 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮

30 JUL - Bengkel Pembangunan Kapasiti Pemudahcara Sabah Maju Jaya (SMJ) Siri Pertama anjuran Bahagian Prestasi Agensi Awam (BPAA) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sabah, telah berlangsung dengan jayanya bermula 28 sehingga 30 Julai 2023, tadi.

Bertempat di Beringgis Beach Resort & Spa, Papar, program ini disertai seramai 40 orang Penyelaras Peraturan (Regulatory Coordinator) dan Focal Person dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

Antara pengisian program ialah Sesi Pengenalan PemudahCara SMJ oleh Dr. Zulasri bin Pitting daripada Sekretariat GRP(Good Regulatory Practice) Sabah, Proses PemudahCara SMJ dan Perkongsian Pelaksanaan Program Uji Kaji Peraturan (Regulatory Experimentation) di peringkat Persekutuan daripada MPC Associate.

Pelaksanaan program selama 3 hari 2 malam ini telah dirasmikan oleh Tuan Ramlee bin Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (sektor Perkhidmatan) merangkap penyelaras Sekretariat GRP Sabah dan Timbalan Ketua Sekretariat SMJ.

Untuk makluman, Inisiatif PemudahCara SMJ adalah inisiatif yang telah dilancarkan pada 17 April 2023 oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

PemudahCara SMJ bertujuan untuk menjadi platform di mana pihak berkepentingan iaitu Dewan-Dewan Perniagaan, Pertubuhan Professional dan organisasi dapat memberikan cadangan input, percambahan fikiran bersama-sama dengan Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan dalam menjalankan perniagaan negeri Sabah.

Selain itu, untuk mengurangkan kos perniagaan, meningkatkan tadbir urus perniagaan termasuk mengurangkan bilangan prosedur dan tempoh masa pemprosesan, mewujudkan peluang pekerjaan, merangsang ekonomi dan secara langsung meningkatkan pendapatan negeri Sabah.

Di samping untuk melonjakkan produktiviti dan daya saing negeri Sabah melalui platform ini agar isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh sektor perniagaan dapat diselesaikan dengan cekap dan berkesan selari dengan hasrat kerajaan negeri mewujudkan negeri mesra pelabur dan “Ease and Speed in Doing Business” dalam aktiviti perniagaan di negeri ini.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain